
Bismillahirrahmannirrahim.
Assalamualaikum wrt wbt.
Ibu bapa dan penjaga yang dihormati,
Apa bila anak kita lahir, kita akan tatang anak itu bagai menatang minyak yang penuh. Kasihnya bukan kepalang. Kita sanggup berkorban apa saja untuk memberikan yang TERBAIK buat anak ini. Kita mahu meletakkan anak kita dalam satu SISTEM yang bukan sekadar menjaga makan, minum dan pakainya sahaja tetapi perlu menyokong tumbesarannya. Kerana kita tahu bahawa anak ini perlu dicorakkan dengan baik agar setiap sudut perkembangannya diperhatikan dan distimulasi.
Ini memerlukan satu sistem pendidikan awal yang BERSTRUKTUR dan TERBUKTI BERKESAN kerana kita juga perlu menanam ASAS AQIDAH dan JATI DIRI yang kukuh di dalam diri anak kita. Semoga anak ini membesar sebagai anak yang soleh/ solehah, akan berbakti pada keluarga, agama, bangsa dan negaranya apabila besar kelak.
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK ADALAH SEBUAH PERJALANAN
Perkembangan kanak-kanak berlaku pada fasa yang berbeza mengikut tahap umurnya. Ia dipengaruhi oleh faktor genetik dan persekitaran.
Sebagai ibu bapa, pengasuh dan pendidik yang bergelumang dengan kanak-kanak, kita perlu mengetahui tahap tumbesaran dan perkembangan mereka agar ianya berlaku dengan baik. Jika terdapat sebarang 'red flag', ibu bapa, pengasuh dan guru mesti mampu mengesan'red flag' tersebut agar intervensi awal dapat dilakukan. Justeru kedua-dua elemen tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak mesti dipantau.
APA BEZA ANTARA TUMBESARAN DENGAN PERKEMBANGAN?
USIA 0- 6 TAHUN ADALAH USIA EMAS! USAH DIPERSIAKAN!
SEKILAS MENGENAI ASYBAL PLAYSCHOOL
Puan Siti Affiza binti Mohammad merupakan pemegang ijazah sarjana muda, Bachelor of Science (Biotechnology) dari The University of Adelaide, Australia dan Sarjana Pendidikan (Pendidikan Awal Kanak-kanak) dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Perak.
Beliau menceburkan diri dalam pendidikan awal kanak-kanak dengan menubuhkan Tadika Aulad Musleh yang pertama pada tahun 2008 di Sungai Udang Melaka. Setelah 17 tahun penubuhannya, Tadika Aulad Musleh kini mempunyai 6 buah cawangan di sekitar negeri Melaka dan telah melahirkan ribuan anak-anak soleh wa musleh yang bijak dan cemerlang dari sudut rohani, emosi, sosial dan akademik.
Pada tahun 2015, Puan Siti Affiza telah menubuhkan Asybal Playschool yang pertama kerana beliau menyedari bahawa pendidikan awal kanak-kanak perlu dimulakan dengan lebih awal lagi agar kompetensi dan keupayaan kanak-kanak dapat diransang dengan lebih baik.
Perkara utama yang dititik beratkan adalah kemenjadian kanak-kanak. Oleh itu, kami turut memberi fokus kepada latihan guru supaya setiap guru yang berkhidmat menjadi lebih kompeten dan komited untuk memberi yang terbaik kepada kanak-kanak.
Asybal mempunyai 3 cawangan di Melaka iaitu:
- APS Sungai Udang
- APS Masjid Tanah
- APS Alor Gajah
APA KATA IBU BAPA YANG TELAH MENGHANTAR ANAK KE ASYBAL PLAYSCHOOL?
BERAPAKAH YURAN UNTUK MENDAFTARKAN ANAK DI ASYBAL PLAYSCHOOL?
Yuran pendaftaran adalah seperti berikut:
YA, SAYA BERMINAT UNTUK MENGHANTAR ANAK KEASYBAL PLAYSCHOOL. BAGAIMANAKAH CARANYA?
Ayuh daftarkan anak anda ke Asybal Playschool sekarang!
Semoga usaha ini dipandang besar oleh Allah swt dan diganjari dengan sebaik-baik ganjaran di akhirat kelak, InsyaAllah.
Ameen Ya Rabbal Alamin.